Tiada perkataan, kelu dan sayu melihat mayat bergelimpangan dalam air yang mana kebanyakkannya kanak-kanak. Ya Allah di bulan Ramadhan ini begitu kuat ujian ke atas mereka.. Kanak-kanak yang masih tidak mengenal erti perjuangan telah gugur...Apakah yang akan bermain di fikiran kita jika melihat keadaan mereka. Sedangkan anak kita jatuh bermain, kita akan bimbang inikan pula yang terpaksa meninggalkan kampung halaman demi sebuah kehidupan yang berlawan dengan ombak ada tikanya perlahan dan ada tika akan mengganas. Kesejukan di dalam air tanpa pertolongan...Tidak dapat digambarkan. Semoga jalan penyelesaian segera dicapai kerana akan ramai nyawa yang tidak berdosa yang akan menjadi korban. Bersamalah kita berdoa..
No comments:
Post a Comment