Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 31, 2012

Menjelang 12 Rabiulawal.....

Assalammmualaikum dan Salam Sejahtera semua.....Bagaimana keadaan pada minggu ini?  Pasti kembali sibuk setelah berehat panjang sempena Tahun Baru Cina...ada yang bertunang, ada yang berkahwin...macam-macam ada......Hujung minggu ini akan bercuti 3 hari pula sempena Maulidur Rasul 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433Hijrah.....Bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu dari Jumaat hingga Ahad dan bagi negeri lain pula dari Sabtu hingga Isnin.....
Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...
Mengenang sejarah Rasullullah dari kelahiran hingga selepas kewafatannya memang banyak perkara yang kita akan insafi dan bertuanhya Baginda dipilih menjadi Rasul akhir.  Baginda mempunyai empat sifat yang kita ketahui yang seharusnya kita pupuk dalam diri kita iaitu  Siddiq-berkata benar, Amanah-dipercayai, Tabligh-menyampaikan dan Fatanah-bijaksana.  Rasanya jika kita mengamalkan 4 sifat terpuji itu, pasti hidup kita akan lebih bermakna dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk bersikap demikian.
Perjalanan hidup Baginda memang banyak ujian dan rintangan...Sememangnya kita ketahui, semakin banyak dugaan, semakin dekat dengan Allah dan semakin terhapus dosa-dosa kita...Bermula dengan kehilangan bapa-Abdullah sejak ibunya mengandungkannya dan seterusnya kehilangan ibu tercinta Aminah ketika Baginda masih kecil dan dijaga oleh datuk dan bapa saudaranya...Tetapi semuanya diterima dengan hati terbuka kerana dialah insan terpilih yang paling layak....Sememangnya tanda-tanda Baginda adalah Rasul akhir sudah ditunjukkan oleh Allah SWT.......akan bersambung di entri seterusnya.......

No comments:

Post a Comment