Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 8, 2012

Piala Sumbangsih 2012: Tahniah NS 2-Kelantan 1

Assalammualaikum...ya sudah pasti saya akan menulis tentang Piala Sumbangsih malam tadi diantara NS dan Kelantan.  Ya, Tahniah untuk NS kerana berjaya buat pertama kalinya merangkul Piala ini di bawah bimbingan Azrai Khor Abdullah...Tahniah...sebenarnya jika gol kemenangan disumbat oleh anak tempatan lebih manis lagi kemenangannya...
Saya juga melihat Kelantan agak kurang menonjol walaupun pada ramalan saya Kelantan yang akan mengekalkan Piala ini.  Ramai yang memilih Kelantan untuk menang..tetapi sudah nasib..mereka tewas.
Saya sudah perhatikan dalam perlawanan menentang Pasebaya dan malam tadi, Piya (Badri Radzi) agak kurang ditonjolkan.  Mungkin Peter Butler lebih mengetahui strategi untuk pemainnya tetapi bagi saya yang melihat seperti Piya disisihkan..Pada waktu Sathianathan. Datuk Karathu, Piya begitu menonjol tetapi dibawah Peter Butler, seolah-olah kurang diberi peluang....Jadi saya berharap kesebelasan pemain dapat disusun dengan lebih mantap jika Kelantan ingin kemenangan seperti tahun-tahun lepas.  Itu adalah pandangan peribadi saya..tambahan saya perempuan..hu...hu.....
Janganlah marah atau terasa kerana itu pandangan saya...apa-apapun, semoga kedua-dua pasukan sukses untuk tahun 2012...

No comments:

Post a Comment