Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012...teringat kawan lama...

Malam ini kaum Tionghua akan makan besar..itulah satu-satunya budaya yang cukup positif yang dapat dilihat...Setelah setahun masing-masing membawa diri mencari rezeki, malam ini wajib mereka meluangkan masa untuk makan bersama keluarga...selepas itu kalau nak kemana-manapun mereka boleh pergi..Selamat Tahun Baru Cina untuk semua kaum Tionghua..semoga Tahun Naga ini mereka lebih "ONG".
 
Ehsan Google-limau yang popular waktu Tahun Baru Cina...



Sebenarnya, limau yang banyak pada perayaan mereka juga mempunyai makna yang tertentu...warna emas limau itu juga dipercayai untuk lebih ONG...itu seperti yang diceritakan oleh teman-teman Tionghua bukan rekaan sendiri...
Maka bermulalah cerita....kisah ini bukan untuk menoleh ke belakang atau mengenang memori silam...cuma untuk berkongsi satu pengajaran...Sewaktu di Tingkatan Enam dulu, saya mempunyai sahabat Tionghua lelaki yang jaraknya dalam belas-belas tahun juga...sebenarnya kawan Tionghua ramai yang sebaya kira yang ini lain sikit sebab jarak agak jauh antara kami.  Bersahabat dan bertukar pendapat dengan sahabat ini memang amat menyeronokkan sehinggalah satu hari setelah memakan masa bertahun juga, dia bertanya tentang Islam...memang waktu itu saya memang berniat untuk bersahabat sahaja tanpa ada niat lain...Dia juga telah datang berkunjung ke rumah dan berjumpa keluarga saya...biasa ajelah...Saya memang tidak pernah menganggap dia lebih dari sahabat..tetapi dia saya tak tahu kerana kami tidak pernah bertanya tentang soalan itu antara satu sama lain.  Sehinggalah satu masa apabila saya di USM dia menyatakan ingin lebih dari sahabat...mak datuk...Saya memang tidak boleh menjalinkan hubungan lebih dari sahabat..Tambahan pula memang keturunan saya dah ada mirip K-Pop (Cina) jadi kalau boleh dielak memang saya tidak mahu akan lebih muka K-Pop dari sebelah saya..tetapi kalau jodoh nak buat macam mana....Tambahan faktor utama saya sedar saya mungkin tidak mampu untuk membimbing dia dalam Islam saya takut dia akan berpaling...Selepas itu saya tolak dengan baik dan menerangkan panjang lebar tentang penolakan saya.  Alhamdullillah, dia boleh menerima dan selang beberapa tahun dia pun berkahwin dengan gadis sebangsa dengannya...itulah yang terbaik...Selepas itu kami tidak pernahlah berhubung lagi....
Moralnya, perkahwinan campur sebenarnya baik tetapi harus pandai dan tahu menjalaninya..Jika sudah takdir bimbinglah dia menjadi Hamba Allah yang baik tetapi diri kita harus menjadi contoh...bukan hanya mengharapkan dia menjadi yang terbaik tetapi kita hidup dengan Islam adalah keturunan, ambil mudah...
Kepada sahabat itu, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina...semoga sentiasa berjaya dan berbahagia...

No comments:

Post a Comment