Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 3, 2012

Salam Tahun Baru 2012..

Alhamdullillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas..syukur Ya Allah atas segala limpah rahmatMu...Bagaiman dengan anda semua?  Pasti ada yang sedang berusaha agar azam untuk tahun ini mampu dicapai...InsyaAllah...lama saya tidak menulis, banyak perkara yang perlu diselesaikan..Anak yang ketiga sudah pun masuk Darjah Satu...selama ini sibuk dengan hal persekolahan anak yang bermula hari ini...Apa-apapun semoga tahun ini kita semua lebih bahagia dan berjaya...apa yang tidak sepatutnya dibuat seperti tahun 2011 kita buang jauh-jauh dan berusaha agar 2012 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
Pada 31 Disember 2011, saya berkesempatan bersama keluarga menyaksikan pelancaran Pemain, Jersi, Merchandise dan Majalah The Red Warrios 2012 yang dibuat di Kelantan Trade Center (KTC).  Sebenarnya bukan sengaja nak pergi tetapi kebetulan kerana kelengkapan anak yang sulung masih tidak mencukupi..jadi sambil menyelam minum air.  Memang hebat dan ribuan orang membanjiri KTC.  Para pemain menjadi model untuk seketika menggayakan jersi The Red Warriors.  Macam-macam gaya ada..jadi silalah lihat gambar yang saya paparkan disini.
Sementara menunggu majlis perasmian..

Skrin yang disediakan...

bersama Rizal Fahmi Rosid


bersama Mat Yo (Norsharul Idlan Talha)..senyum sikit..


bersama Apex (Khairul Fahmi Che Mat)..Terima kasih atas kerjasama yang diberikan..

 Oh Ya, kepada pembaca blog saya untuk 2011 saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini..semoga blog saya lebih bermutu untuk tahun 2012..terima kasih daun keladi...

No comments:

Post a Comment