Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 12, 2012

penulisan ini...

Syukur kerana masih berkesempatan menulis...Hari ini sudah menginjak 12.1.2012....bermakna sudah 12 hari dalam tahun 2012.  Apabila datangnya 2012, berbagai cerita dan ramalan tentang 2012...Bagi saya tiada yang mustahil..Qiamat pasti dan umur bumi semakin tua...Cuma masa dan ketika itu adalah urusan Allah SWT.  Tetapi, Allah Maha Pengasih dan Penyayang.  diberikan kita tanda-tanda samada kecil atau besar sebagai amaran dan peringatan untuk kita dan  seharusnya kita menjadikan diri kita bersiap sedia terutama dalam amalan kita sendiri..
ehsan Google
Lambat menentukan hala tuju?  Sebenarnya saya banyak idea tetapi kekurangan masa...Hari ini baru ada kesempatan untuk menulis mengenai hala tuju penulisan saya...Bermula 2009..lama dah tetapi ia melalui berbagai peringkat..Cuma apa yang boleh saya katakan dan saya tetapkan dalam hati saya untuk menulis perkara yang baik dan ilmu yang bermanfaat.  Saya hanyalah orang biasa yang banyak melakukan salah dan silap tetapi bersyukur dengan Rahmat Allah dan Hidayah yang memberi peluang untuk berubah.  
ehsan Google

Internet adalah medium pilihan untuk kita samada untuk kebaikan, manfaat, ilmu yang baik atau untuk keburukan, ilmu yang tidak baik.  Blog juga satu sumber untuk kita berdakwah atau bersama berkongsi ilmu yang baik.  Islam menggalakkan kemajuan dan terpulang pada diri kita sendiri untuk menggunakannya sebagai satu medium yang baik atau yang sebaliknya.
Saya juga mempunyai Facebook, Twitter..ia adalah laman sosial yang bersifat global, bebas untuk kita memilih kawan dari pelusuk dunia tetapi dalam salah satu entri saya dulu.."Laman Sosial mencetus masalah"Ianya bergantung kepada kita.  Jadikan ia sumber terbaik untuk ilmu dan maklumat berguna serta kawan yang betul-betul kita kenal kerana masalah laman sosial ini sudah melampaui segalanya.  Bermacam masalah timbul akibat gila berlaman sosial.  Gunakan dengan betul kerana kita mempunyai akal dan fikiran yang sepatutnya membimbing kita yang mana buruk dan yang mana baik...
Saya akan terus menulis untuk diri saya..kerana Allah...Kepada mereka yang membaca..terima kasih kerana sudi menjenguk saya...Saya akan cuba memperbaiki diri saya agar menulis lebih banyak perkara yang baik...Terima kasih daun keladi....jangan cepat off blog ini...
Insyaallah, semoga Allah akan permudahkan segalanya Amin....bersama kita hayati Hadis Nabi dibawah semoga kita sentiasa beringat dan bersyukur....

 

No comments:

Post a Comment