Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 26, 2010

Machang

Assalammualaikum...
Kalau sebelum ini saya menulis tentang Jelebu, hari ini saya mendapat ilham untuk menulis tentang Machang.  Adillah dah tulis dua-duakan....he..he....
Machang merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang. Machang mempunyai lebih kurang 97,524 orang penduduk (tahun 2000). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang.  Sumber: wikipedia
Antara tempat manarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar.
Selain dari itu, Pasar Isnin Machang yang bertempat di bandar Machang juga merupakan salah satu tarikan kepada orang luar.

 
Machang terletak 43.5 kilometer di selatan Kota Bharu. Sejarahnya bermula sebelum banjir besar pada tahun 1926, apabila negeri Kelantan dilanda suatu ribut yang dahsyat dan banjir besar. Ribut itu telah merosakkan hampir semua perkampungan di negeri Kelantan. Malapetaka tersebut telah memusnahkan semua tanaman penduduk kampung dan penduduk negeri Kelantan hidup dalam kesusahan. Ini menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ketempat lain bagi mencari tempat baru yang lebih selamat untuk memulakan kehidupan baru.
 
 

Antara anak muda yang keluar merantau itu adalah Senik Awang Kechik. Beliau merantau dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bertemu satu tempat yang subur untuk bercucuk tanam. Kian hari kian bertambah rezeki Senik dan berita kemewahannya telah tersebar ke kampung yang berdekatan. Tempat Senik telah menjadi sebuah kampung dan ia dinamakan sempena nama buah machang atau Mangifera Foetida yang tumbuh di kampung tersebut.

2 comments:

  1. tak biasa sangat. ada lalu dua tiga kali. Kubang kerian, pasir puteh, kb adalah singgah

    ReplyDelete
  2. Machang sebenarnya berada ditengah-tengah Kelantan..Tetapi pembangunannya terlalu perlahan...

    ReplyDelete