Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 1, 2011

Pesan Orang Tua...

Pesan orang tua, jika makanan telah terhidang, perlu dijamah
Pesan orang tua, jika memasak didapur anak dara jangan menyanyi
Pesan orang tua anak dara jangan duduk di tangga nanti lambat jodoh
Pesan orang tua basuh antan dan lesung selepas digunakan
Pesan orang tua jangan diampai kain diwaktu malam
Pesan orang tua jika berjalan, jangan gugur sampah dari lantai kelak merana hidup
Pesan orang tua jangan bangun lewat kerana mahal rezeki
Pesan orang tua jangan dilempar duit kelak sengsara
Pesan orang tua dengar kata ibu bapa
Pesan orang tua  jangan meninggi diri, jaga budi bahasa
Tetapi pesan orang tua hanya tinggal kata-kata
Yang mungkin tidak membawa makna apa-apa
Untuk orang muda yang telah moden segalanya
Orang muda yang lupa
Dan hanyut dalam zamannya
Itulah nasihat paling berharga
Yang tidak lapuk dek masa….

2 comments: